KEMUDAHAN terminal penumpang Sungai Pinang untuk pelancong.
KEMUDAHAN terminal penumpang Sungai Pinang untuk pelancong.
HM Digital

Pangkor: Menyaksikan bot nelayan bergerak perlahan menyusur Selat Dinding tatkala mentari mulai menampakkan diri, ada kalanya mendamaikan.

Namun, suasana damai itu tidak pula merencatkan pembangunan yang sedang bergerak pantas di Pulau Pangkor yang terkenal dengan pantainya yang memutih dan alunan ombak memikat jiwa pelancong.

Jika 20 tahun lalu, pemandangan rumah nelayan usang di pinggir laut, laluan kampung tidak berturap, jalan raya berlopak dipenuhi takungan air selepas hujan serta suasana suram di sesetengah kawasan waktu malam adalah perkara biasa di pulau berkenaan.

Kini, suasana berkenaan hanya tinggal sejarah, malah ada laluan kawasan kampung serta taman perumahan diturap menggunakan kaedah interlocking concrete paving block (ICPB)’ atau blok konkrit dengan warna yang menarik terutama di Kampung Sungai Pinang Kechil dan jalan di sepanjang laluan Tokong Fu Ling Khong yang turut menjadi tarikan pelancongan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mei 2018 @ 6:14 AM