SILATUL Rahim
Mahaizura Abd Malik
mahaizura@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Yayasan Orang Buta Malaysia (MFB) mencadangkan kertas undi Braille disediakan khusus bagi memudahkan dan menjamin ketelusan proses pengundian membabitkan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MFB Silatul Rahim Dahman berkata, ketiadaan kemudahan mesra OKU cacat penglihatan menyebabkan peratusan golongan itu keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih menjadi rendah.

Beliau berkata, berdasarkan peraturan sedia ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), OKU cacat penglihatan dibenarkan membawa orang dipercayai untuk membantu memangkah kertas undi namun kaedah itu dianggap tidak menjamin ketelusan.

“Kaedah itu menyebabkan timbul perasaan kurang percaya pada pihak ketiga, undi juga tidak lagi menjadi rahsia. Selain itu, mobiliti yang terhad membataskan hasrat OKU cacat penglihatan ke pusat pengundian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mei 2018 @ 3:25 AM