DATUK Seri Azlan Man (gambar kecil). FOTO Arkib NSTP
Adie Suri Zulkefli dan Muhammad Mustakim Ramli


TIMBALAN Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis Datuk Seri Azlan Man tidak dimaklumkan mengenai cadangan melantik Datuk Ismail Kassim sebagai Menteri Besar Perlis yang baru.

Azlan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara berkenaan sehingga dimaklumkan oleh wartawan NSTP yang menghubunginya.

“Saya tidak tahu... apa-apa (pelantikan Menteri Besar) pun perlu perkenan daripada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengulas kenyataan Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang sebagai calon Menteri Besar Perlis.

Azlan yang juga ADUN Bintong, berkata sehingga kini beliau masih berada di Perlis walaupun ada dakwaan mengatakan dirinya bakal melompat parti.

“Saya tidak ke mana-mana, masih di Perlis. Dakwaan mengatakan saya bertemu (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak benar,” katanya.

Berita berkaitan

Ismail Kassim calon MB Perlis

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mei 2018 @ 4:40 PM