M Hifzuddin Ikhsan


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, Chow Kon Yeow hari ini, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Kelima pada majlis yang diadakan di Seri Mutiara, Georgetown.

Kon Yeow, 60, yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang, mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Hadir menyaksikan majlis berkenaan Menteri Kewangan yang juga bekas Ketua Menteri dua penggal, Lim Guan Eng.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Pakatan Harapan (PH) menang 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) membolehkan gabungan parti itu membentuk kerajaan negeri bagi penggal ketiga.

Kon Yeow dijadual mengadakan sidang media pertamanya di Kompleks Tun Razak (KOMTAR) di sini, hari ini.


PENGERUSI DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah bagi jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang di Seri Mutiara. FOTO Danial Saad

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mei 2018 @ 1:12 PM