URBAN Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan di Jalan Stadium. FOTO Zulkepli Osman
URBAN Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan di Jalan Stadium. FOTO Zulkepli Osman
Asrol Awang

cnews.nstp.com.my

PUSAT Transformasi Bandar (UTC) Pahang, di Kuantan, akan beroperasi bermula 8.30 pagi hingga 5 petang setiap hari sepanjang Ramadan berkuat kuasa, hari ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Izad Zainal Muhammad Safian berkata, justeru orang ramai yang ingin berurusan perlu peka dengan perubahan waktu operasi pusat berkenaan.

"Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Seksyen Perhubungan Awam di talian 09 5121555 atau melayari laman sesawang MPK di www.mpk.gov.my.

"Kebiasaannya waktu operasi bermula 8.30 pagi hingga 10 malam pada setiap hari iaitu Isnin hingga Ahad, tetapi bagi menghormati Ramadan, waktu operasi diubah kepada 8.30 pagi hingga 5 petang bermula hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mei 2018 @ 9:30 AM