M Hifzuddin Ikhsan

LIMA muka baharu antara 11 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) Pulau Pinang yang mengangkat sumpah jawatan di Dewan Sri Pinang di Georgetown, hari ini.

Mendahului pelantikan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Ir Zakiyuddin Abdul Rahman yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan ADUN Perai, Dr P Ramasamy yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II.

Majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan turut disaksikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Selain Zakiyuddin, empat lagi muka baharu adalah, ADUN Tanjong Bungah, Zairil Khir Johari; ADUN Batu Maung, Datuk Halim Hussain; ADUN Paya Terubong, Yeoh Soon Hin dan ADUN Bagan Jermal, Soon Lip Chee.


KON Yeow (berdiri) mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah bagi jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang di Seri Mutiara. FOTO/DANIAL SAAD

SENARAI EXCO PULAU PINANG

1. Chow Kon Yeow

• Ketua Menteri

• Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pengangkutan dan Penerangan

2. Datuk Ir Zakiyuddin Abdul Rahman

• Timbalan Ketua Menteri I

• Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat

3. Dr P Ramasamy

• Timbalan Ketua Menteri II

• Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan dan Sains, Teknologi dan Inovasi

4. Chong Eng

• Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam

5. Jagdeep Singh Deo

• Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa

6. Phee Boon Poh

• Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar

7. Dr Afif Bahardin

• Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar

8. Zairil Khir Johari

• Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir

9. Datuk Halim Hussain

• Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa, Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Keusahawanan

10. Yeoh Soon Hin

• Pembangunan Pelancongan dan Warisan, Kebudayaan Kesenian

11. Soon Lip Chee

• Belia dan Sukan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mei 2018 @ 11:51 AM