GAMBAR hiasan
Muhamaad Razis Ismail


SEORANG penganggur yang mengaku mencederakan bapanya dengan tukul dan pisau diperintah menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin membuat keputusan itu terhadap tertuduh Mehamad Salmi Che Kob, 34, mengikut Seksyen 342 (3) Kanun Prosedur Jenayah.

Mahkamah juga menetapkan 11 Jun depan untuk laporan perubatan mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah bapa kandungnya, Che Kob Husin, 66, dengan tukul dan menetak dengan pisau pemotong daging.

Kesalahan itu dilakukan di dapur rumah yang masih dalam pembinaan di Kampung Kuala Besar, di Kota Bharu, pada jam 10 pagi, 5 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebat, jika disabitkan kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mei 2018 @ 1:18 PM