Kalbana Perimbanayagam dan Nor Azizah Mokhtar
cnews@nstp.com.my


SEMAKIN ramai pengamal media dan orang awam berkumpul di hadapan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, susulan serbuan polis di lokasi itu, malam tadi.

Kira-kira 40 pengamal media dan lebih 50 orang ramai berada di persimpangan Jalan Langgak Duta.

Polis sudah mengepung laluan ke kediaman Najib dan memeriksa mereka yang keluar masuk kediaman itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa turut kelihatan memasuki kediaman Najib.

Terdahulu, lebih 15 kenderaan dan sebuah trak polis dilihat memasuki perkarangan rumah Najib.

Enam kenderaan utiliti sukan (SUV) dan selebihnya kenderaan Proton Preve bertulis Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan diiringi dua kereta peronda serta dua motosikal peronda polis masuk ke perkarangan kediaman Najib, 10.15 malam tadi.

Berita berkaitan:

Peronda, trak polis serbu kediaman Najib

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 12:15 AM
PETUGAS media tempatan dan luar negara mula memenuhi kawasan laluan masuk ke kediaman Datuk Seri Najib Razak. FOTO Supian Ahmad