SEKUMPULAN anggota Polis dilihat berkumpul di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta. FOTO Supian Ahmad
Kalbana Perimbanayagam dan Nor Azizah Mokhtar
cnews@nstp.com.my


POLIS masih belum beredar dari kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, setakat 7 pagi tadi.

Walaupun peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal dalam satu sidang media di sini, tadi memaklumkan polis selesai melakukan penggeledahan sekitar 4 pagi, namun sehingga kini mereka masih belum beredar.

Masih belum dapat dipastikan mengapa pihak polis masih belum beredar dari lokasi sehingga kini.

Berita berkaitan

Rampas barang peribadi sahaja - Peguam Najib

Bawa keluar barang rampasan [METROTV]

Polis masih di kediaman Najib

'[UPDATE] Polis sah geledah dokumen di rumah Najib'

'[UPDATE] Polis 'masuk' satu lagi kediaman Najib'

'[UPDATE] Media mula 'berkampung' depan rumah Najib'

'[UPDATE] Polis 'masuk' kediaman Najib di Taman Duta [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 8:18 AM