ANTARA laporan portal berita Harian Metro mengenai 1MDB, Selasa lalu.
Veena Babulal dan Mohd Iskandar Ibrahim
cnews@nstp.com.my


BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman antara lima anggota Jawatankuasa berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan, hari ini.

Selain, Abu Talib, jawatankuasa itu turut dianggotai Nik Shahrizal Sulaiman dari Pricewaterhouse Coopers (PWC) Malaysia dan Syed Naqiz Shahbuddin Syed Abdul Jabar dari Naqiz & Partners.

Dua lagi anggotanya adalah Penasihat Kanan Otoritas Jasa Keuangan Indonesia, Faris Rabidin dan Pengasas Center to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel.

Majlis Penasihat Kerajaan dalam kenyataan media berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi melihat masalah membabitkan 1MDB.

Majlis terbabit berkata, selagi isu menyelubungi 1MDB tidak selesai, akan timbul pelbagai persoalan dan keyakinan dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan dan institusinya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 8:46 PM