KERETA polis meninggalkan kediaman Najib. FOTO Adzrin Jaafar
Nor Azizah Mokhtar
cnews@nstp.com.my


PROSES penggeledahan polis di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur dihentikan, 9.30 malam tadi.

Proses itu berlarutan hampir 24 jam selepas polis mengambil keputusan untuk membuka peti besi lama milik keluarga Najib yang terletak di tingkat satu kediaman terbabit.

Polis terpaksa menggerudi peti besi berkenaan susulan kunci peti besi terbabit dikatakan hilang dan tidak pernah dibuka sejak 20 tahun lalu selain memanggil beberapa tukang kunci untuk membukanya.

Sumber berkata, proses penggerudian yang dilakukan sejak 8.30 pagi semalam dihentikan 9.30 malam tadi sebelum enam kenderaan dinaiki pasukan polis serta seorang lelaki dipercayai tukang kunci keluar meninggalkan kawasan kediaman pada 9.55 malam.

Difahamkan, peti besi berkenaan masih gagal dibuka dan proses untuk membukanya akan disambung hari ini.

Terdahulu, peguam mewakili Najib, Datuk Harpal Singh Grewal, memberitahu kunci peti besi berkenaan sudah hilang menyebabkan pihak polis terpaksa menggerudinya untuk mengenal pasti isi kandungannya.

"Tiada barang berharga di dalam peti besi itu.

"Namun tindakan polis menggerudi dalam jangka masa panjang menimbulkan gangguan yang menjejaskan ketenangan di kediaman keluarga Najib," katanya.

Beliau berkata, tindakan polis melakukan penggeledahan bermula 10.15 malam kelmarin hingga ke semalam turut memberi tekanan kepada keluarga dan staf yang berada di kediaman bekas Perdana Menteri itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, pada sidang media tadi mengesahkan peti besi berkenaan belum berjaya dibuka.

Berita berkaitan

[UPDATE] 72 bagasi, 284 kotak dirampas polis

[UPDATE] Lima trak polis punggah bukti

[UPDATE] Polis bawa keluar bagasi, kotak

6 kereta polis meninggalkan kediaman Najib

Najib tidak puas hati polis geledah terlalu lama

10 jam menggerudi peti besi Najib

Panggil tukang kunci buka peti besi Najib

Terpulang pada polis - Tun M

'Setia menunggu mahu bertemu Najib'

Rumah anak Najib pun diserbu

Polis belum beredar dari rumah Najib

Rampas barang peribadi sahaja - Peguam Najib

Bawa keluar barang rampasan [METROTV]

Polis masih di kediaman Najib

Polis sah geledah dokumen di rumah Najib

Polis 'masuk' satu lagi kediaman Najib

Media mula 'berkampung' depan rumah Najib

Polis 'masuk' kediaman Najib di Taman Duta [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mei 2018 @ 3:54 AM