GOBIND (kiri) berjanji akan memikul amanah itu dengan baik. -Foto BERNAMA
GOBIND (kiri) berjanji akan memikul amanah itu dengan baik. -Foto BERNAMA
Mohd Iskandar Ibrahim


AHLI Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di atas pelantikannya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP itu berkata, pelantikannya disifatkan sebagai penghormatan terbesar kerana dapat berkhidmat demi negara atas kapasiti sebagai menteri.

“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang mengucapkan tahniah atas pelantikan saya sebagai menteri.

“Ini adalah penghormatan besar buat saya kerana dapat berkhidmat demi negara,” katanya dalam kenyataan menerusi akaun Facebook rasminya, hari ini.

Gobind berkata, pelantikannya itu adalah tanggungjawab besar dan berjanji akan memikul amanah itu dengan baik.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Pakatan Harapan (PH). Saya akan melakukan yang terbaik dalam kita semua menuju ke arah Malaysia lebih baik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mei 2018 @ 11:08 PM