ANTHONY mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi kementerian di bangunan Kementerian Pengangkutan, Putrajaya. FOTO/ZANARIAH ABD MUTALIB
Zanariah Abd Mutalib
zanariah_mutalib@nstp.com.my


MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memulakan tugasnya di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, hari ini.

Beliau tiba di pekarangan bangunan kementerian pada 8.20 pagi dan disambut Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Saripuddin Kasim serta warga kementerian.

Anthony kemudian mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Kementerian Pengangkutan secara tertutup.

Beliau dijangka akan bertemu dan berucap di hadapan warga kementerian, tengah hari ini.

Anthony ialah antara 13 anggota Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mei 2018 @ 9:21 AM