LAPORAN portal berita Harian Metro mengenai kehadiran Najib ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.
Wartawan NSTP


SELEPAS dua jam berlalu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak belum selesai memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd, iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) di Putrajaya pada 9.45 pagi hari ini.

Tinjauan di lobi bangunan Ibu Pejabat SPRM mendapati, lebih 100 pengamal media daripada pelbagai agensi tempatan dan asing sedang berehat di sekitar lobi sementara menunggu perkembangan siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, Najib tiba dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire Putih menggunakan nombor pendaftaran QMN11.

Najib dilihat berpakaian kemeja putih dan mengenakan kot berwarna hitam serta berseluar kelabu.

Bekas Perdana Menteri itu turut diiringi dua kenderaan lain termasuk dua anggota polis pengiring.

Selasa lalu, Najib hadir kali pertama dan meluangkan masa hampir lima jam bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes SRC International.

Berita berkaitan

'[UPDATE] Najib sambung beri keterangan lusa [METROTV]'

'Najib ceria tiba di ibu pejabat SPRM [METROTV]'

'Tunggu Najib keluar ke pejabat SPRM'

'Najib boleh kena tindakan...'

'Najib yang perlu hadir ke SPRM'

SPRM hadir di rumah Najib, Selasa ini

SPRM panggil Najib beri keterangan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mei 2018 @ 12:45 PM