GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


LELAKI warganegara Myanmar ditemui mati dengan kesan kelar pada leher dipercayai dibunuh di pangsapuri, Jalan Medan, Batu Caves, 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mangsa berusia 36 tahun ditemui mati oleh kakaknya di ruang tamu rumah berkenaan.

“Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kesan kelar pada leher dipercayai dibunuh oleh seseorang.

“Siasatan awal mendapati mangsa adalah kali pertama masuk di negara ini sejak 18 Mei lalu,” katanya.

Ali berkata, mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

“Polis kini sedang menyiasat dari segala aspek sama ada mangsa mempunyai musuh atau sebagainya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mei 2018 @ 11:27 AM