DR MAHATHIR ketika pertemuan dengan Makio. FOTO Twitter Dr Mahathir
Manirajan Ramasamy dan Fahmy Azril Rosli


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini, menerima kunjungan hormat daripada Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa dan Duta Russia ke negara ini, Valery N Yermolov di bangunan Yayasan Albukhary.

Individu lain yang turut dilihat mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir sebaik beliau tiba di yayasan berkenaan pada jam 8 pagi ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Ia disusuli Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo serta Menteri Ekonomi, Lim Guan Eng.

Mohamed Azmin kemudian dilihat mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin di Menara Ilham, selain dihadiri bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Perdana Menteri turut menerima kunjungan daripada Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah.

Sejurus itu, Mohamed Azmin dilihat kembali ke yayasan berkenaan bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin serta Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mei 2018 @ 10:43 PM