MASYATI Abang Ibrahim
Suhaila Shahrul Annuar


PERUNDING Kanan Bahagian Transformasi Sektor Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Masyati Abang Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang baharu, berkuatkuasa Rabu lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, Masyati menggantikan Surayati Ibrahim yang bertukar ke JPA, pada Selasa lalu.

"Masyati berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan," katanya dalam kenyataan.

Pada 17 Mei lalu, ROS meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan (PH), selepas badan itu membatalkan notis pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkuat kuasa 16 Mei lalu.

ROS adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mengendalikan pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik.

Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, sesebuah pertubuhan adalah didefinisikan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh tujuh orang atau lebih, tidak kira apa juga jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal.

Tetapi ia tidak termasuk badan yang perlu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti syarikat, koperasi, kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan sukan dan lain-lain.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mei 2018 @ 12:57 AM