X
MOHD Yusairie Mohammad Sohaimi, 30 dipenjara tiga minggu dan denda RM1,000 di Mahkamah Majistret terhadap tuduhan menceroboh Istana Negeri di Kubang Kerian pada 15 Mei 2018 lalu. FOTO Zaman Huri Isa
MOHD Yusairie Mohammad Sohaimi, 30 dipenjara tiga minggu dan denda RM1,000 di Mahkamah Majistret terhadap tuduhan menceroboh Istana Negeri di Kubang Kerian pada 15 Mei 2018 lalu. FOTO Zaman Huri Isa
Muhamaad Razis Ismail


PADAH menceroboh Istana Negeri, buruh dipenjara tiga minggu dan denda RM1,000 di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.

Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Mohd Yusairie Mohammad Sohaimi, 30 mengaku salah terhadap tuduhan itu.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 15 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menceroboh kawasan Istana Negeri di Kubang Kerian pada 9.30 malam, 15 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, anggota polis sedang melakukan rondaan menerima maklumat dari jemaah Masjid Istana Negeri yang menangkap tertuduh selepas masuk ke kawasan istana.

Hasil siasatan, tertuduh mengaku masuk ke dalam kawasan istana itu dengan memanjat pagar.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana insaf dengan kesalahannya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Shahirun Azri Mohd Nordin memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira tindakan tertuduh yang menceroboh kawasan larangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mei 2018 @ 12:14 PM