PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan warga PDRM selepas berbuka puasa pada Majlis Iftar Perdana Menteri bersama Warga PDRM di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan warga PDRM selepas berbuka puasa pada Majlis Iftar Perdana Menteri bersama Warga PDRM di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad
Syed Umar Ariff; Fahmy Azril Rosli dan Mohd Hasbi Sidek


TUN Dr Mahathir Mohamad menegaskan Datuk Seri Najib Tun Razak akan mendapat layanan ‘istimewa’ sebagai bekas Perdana Menteri sekiranya didapati tidak bersalah dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Beliau dalam siasatan dan tidak mewakili bekas Perdana Menteri.

“Jika didapati tidak bersalah, beliau akan dapat kembali kelebihan seperti bekas Perdana Menteri yang lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kira-kira 500 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman, di Kuala Lumpur malam ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Najib yang dimuatnaik di akaun Facebook bahawa kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta Unit Tindakan Khas (UTK) yang ditugaskan kepada Najib sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai Aide De Camp (ADC).

Najib berharap, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa menjaga kebajikan kumpulan pengawal pengiring, UTK, polis pengiring dan pegawai yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada beliau dan keluarganya.

Menurut Najib, kesemua mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mei 2018 @ 10:48 PM