KAKITANGAN Farmasi All Day, Ain Farhana Mustafa, 24, menanggalkan tanda harga pada barangan yang dijual.
KAKITANGAN Farmasi All Day, Ain Farhana Mustafa, 24, menanggalkan tanda harga pada barangan yang dijual.
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Pengguna diharap tidak keliru dengan mengandaikan semua barangan akan turun harga apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan pada kadar sifar peratus mulai hari ini.

Ini kerana bukan semua barangan di premis perniagaan dikenakan cukai itu terutama barang kegunaan harian.

Tinjauan di beberapa premis perniagaan semalam mendapati peniaga giat melakukan persiapan menukar tanda harga baru.

Kakitangan sebuah farmasi di Mydin Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, membuka tanda harga lama yang dilekatkan pada semua produk barangan dipamerkan.

Pengurusnya, Khairinah Abdul Karim berkata, walaupun kakitangan farmasi itu mula membuka tanda harga lama, harga baru hanya akan berkuat kuasa hari ini.

“Sebenarnya, kami melakukan persiapan lebih awal lagi sebaik kerajaan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana penghapusan GST antara manifesto yang dilaungkan.

“Jadi, barangan yang dikenakan GST akan kembali kepada harga normal seperti sebelum pelaksanaan cukai ini,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, pengguna juga diharap tidak keliru jika mendapati banyak barangan keperluan tidak mengalami penurunan harga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Jun 2018 @ 10:13 AM