LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Muhammad Mustakim Ramli


PAS Perlis mencadangkan kerajaan perpaduan dibentuk antara PAS, Barisan Nasional (BN) dan PKR bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, pihaknya juga tidak akan menuntut sebarang jawatan sama ada Menteri Besar ataupun Jawatan di dalam kerajaan negeri.

“PAS Perlis mencadangkan supaya diadakan kerajaan Perpaduan di Perlis demi masa depan negeri dan rakyat Perlis.

“PAS Perlis tidak menuntut sebarang jawatan dan menasihati rakan PKR juga tidak menuntut jawatan Menteri Besar yang sudah diperkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

“Bagi PAS, perkara yang lebih mustahak adalah selesaikan kemelut politik ini secepat mungkin supaya kerajaan negeri dapat berbakti kepada rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tawaran yang diusulkan PAS ini adalah demi kesejahteraan rakyat selepas krisis politik di Perlis dilihat tiada tanda penyelesaian.

“Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hampir sebulan berlalu, Perlis masih gagal membentuk barisan kepimpinan di peringkat kerajaan negeri.

“Walaupun Datuk Seri Azlan Man sudah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis tetapi kemelut politik di Perlis tidak menunjukkan petanda akan kembali damai dan kelihatan semakin meruncing.

“Tindakan terbaru BN mahu menghantar 11 nama calon Menteri Besar adalah tindakan yang tidak wajar kerana Menteri Besar sudah dilantik dan mendapat perkenan Raja Perlis,” katanya.

Berita berkaitan

'Selesaikan kemelut dengan PRN' - Mufti Perlis

Jangan cari pasal dengan Istana Perlis

PAS Perlis sedia hadapi pilihan raya negeri

MB Perlis 'dipecat' mula tugas

'Saya bukan gila kuasa - Ismail Kassim?'

'Apa itu murka?'

‘Shahidan derhaka kepada Raja Perlis’

'MT saja boleh pecat ahli UMNO'

[UPDATE] UMNO pecat MB Perlis

[UPDATE] Azlan mahu jumpa Zahid, Hishammuddin

'Kami tolak Azlan Man jadi MB'

[UPDATE] Raja Perlis murka

Azlan Man MB Perlis, 9 ADUN BN tak hadir

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Jun 2018 @ 10:49 AM