TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Nur Saliawati Salberi


LELAKI mengaku salah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, atas tuduhan memukul bapanya menggunakan kayu, bulan lalu.

Muhammad Amir Mohamad Yatim, 27, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Bagaimanapun, mahkamah akan menetapkan tarikh baru untuk prosiding jauh hukum.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Amir didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap bapanya berusia 59 tahun dengan menggunakan sebatang kayu berukuran 107 sentimeter.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, jam 8.30 pagi, pada 23 Mei lalu.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh

Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi, manakala tertuduh pula tidak diwakili peguambela.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Jun ini untuk serahan dokumen dan fakta hukuman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Jun 2018 @ 3:41 PM