FOTO Hiasan
Siti Nadzirah Che Mud


LELAKI warga Myanmar maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh dari belakang oleh kereta dalam kejadian di Kilometer 35 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Batu 23, Machang, malam tadi.

Dalam kejadian 10.15 malam itu, mangsa Nur Safa Abdul Salam, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Dzulkifli Ab Ghani berkata, mangsa dipercayai dilanggar lari oleh kenderaan yang dipandu oleh kereta yang tidak dikenal pasti.

"Kemalangan berlaku apabila mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu dilanggar kereta dari belakang.

"Kemalangan itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Machang untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan usaha mengesan pemandu kereta yang melarikan diri dalam kemalangan itu sedang dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Jun 2018 @ 1:39 PM