FOTO fail menunjukkan AES. FOTO Arkib NSTP
Zanariah Abd Mutalib


KERAJAAN akan memutuskan mengenai kedudukan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dalam tempoh satu atau dua bulan lagi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementeriannya sedang mengkaji mengenai perkara itu.

Beliau sudah mengarahkan pegawai serta kementerian berkaitan untuk mengemukakan maklum balas dan cadangan.

"Setakat ini belum ada keputusan mengenai AES kerana ia membabitkan implikasi lain. Kita perlu mengkajinya sebelum membuat apa-apa pengumuman.

"Saya akan membincangkan pilihan yang ada dengan pegawai kementerian dan akan dibawa ke Kabinet untuk diputuskan. Ia akan diketahui dalam masa terdekat, dalam masa satu atau dua bulan," katanya pada sidang media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Jun 2018 @ 4:11 PM