Siti Sofia Md Nasir
siti.sofia@nstp.com.my

Georgetown: Kerajaan negeri menerima sumbangan RM2.5 juta daripada empat syarikat terkemuka untuk Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan).

Empat syarikat terbabit adalah Ideal Property dan Aspen Group yang masing-masing menyumbang RM1 juta, manakala Unimech Group Bhd (RM300,000) dan Lumson Bina Engineering (RM200,000).

Sumbangan disampaikan wakil syarikat masing-masing kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, semalam.

Kon Yeow berkata, pihaknya menyokong teguh usaha kerajaan Persekutuan terutama dalam menyelesaikan masalah hutang negara.


Chow (lima kiri) menerima sumbangan bagi Tabung Harapan Malaysia di pejabat Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Jun 2018 @ 11:06 AM