KUARTERS guru yang musnah dalam kebakaran di Kampung Basai, Jalan Nangoh, Paitan. FOTO Ihsan Bomba
Poliana Ronnie Sidom


TIGA kuarters guru terbakar dalam kejadian di Kampung Basai, Jalan Nangoh - Paitan, Beluran, petang semalam.

Tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 3.30 petang itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima laporan pada 3.32 petang sebelum menghantar sebuah jentera bersama enam anggota.

Katanya, lokasi kejadian terletak 106 kilometer (km) dari Balai Bomba dan Penyelamat Beluran.

“Apabila anggota tiba di lokasi kejadian, tiga kuarters guru sudah terbakar sepenuhnya.

“Anggota bomba bertindak memadam kebakaran untuk pastikan bara-bara api padam sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan pada 6.10 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Jun 2018 @ 10:01 AM