LOKASI kejadian anak dikelar. FOTO Shahrulnizam Mohamad
Shahrul Nizam Mohamad
cnews@nstp.com.my


IBU disyaki membunuh anak lelaki berusia 19 bulan di FELDA Jengka 13 dekat Maran, malam tadi direman tujuh hari, bermula hari ini hingga Ahad depan bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Asmadi Mahayudin di Mahkamah Majistret Maran kira-kira 12 tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, suspek berusia 31 tahun ditahan malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Pasangan terbabit mempunyai tiga anak dan berdasarkan siasatan awal, suspek tidak pernah mendapat rawatan mental.

“Jadi saya mohon orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi di Maran, hari ini.

Berita berkaitan:

Suspek dipercayai mengalami halusinasi

Budak maut dikelar ibu

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Jun 2018 @ 3:49 PM