AHMAD Irwandi Ayob melihat setandan pisang awak yang berbuah di tengah batang pokok di Kampung Belukar Mukim Temin. FOTO Mohd Sharumnisham Shahbudin
AHMAD Irwandi Ayob melihat setandan pisang awak yang berbuah di tengah batang pokok di Kampung Belukar Mukim Temin. FOTO Mohd Sharumnisham Shahbudin
Mohd Sharumnisham Shahbudin


PENDUDUK Kampung Belukar, Mukim Temin, Changlun, terkejut apabila melihat pokok pisang awak yang ditanamnya setahun lalu berbuah di tengah batang.

Ghazali Abdul Razak, 55, berkata, kejadian ini disedarinya apabila sedang berehat di pangkin berhampiran pokok pisangnya, semalam.

"Saya terpandang pada satu daripada pokok pisang di situ ketika berehat dan melihat seperti ada setandan pisang di batangnya.

"Apabila diperiksa, memang pokok pisang berkenaan berbuah di batang walaupun saiz buah pisangnya kecil daripada biasa," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Katanya, ini adalah kali pertama dia melihat kejadian pelik ini dan bertambah aneh apabila jantung pisang itu naik ke atas berbanding pisang biasa yang jantungnya ke bawah.

Sementara itu, cucu saudara Ghazali, Ahmad Irwandi Ayob, 41, berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai kejadian itu.

"Semalam, apabila diberitahu oleh datuk saudara, saya ingatkan ada yang ingin bergurau dengan meletakkan pisang di celah batang itu,

"Tetapi apabila memeriksanya, ternyata memang ia berbuah di situ dan bukannya dibuat-buat," katanya yang tinggal berjiran dengan Ghazali.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Jun 2018 @ 1:20 PM