RAKAMAN CCTV menunjukkan mangsa diragut dua lelaki bermotosikal di lorong belakang bangunan di Seri Gombak, Gombak, Khamis lalu. FOTO ihsan pembaca.
RAKAMAN CCTV menunjukkan mangsa diragut dua lelaki bermotosikal di lorong belakang bangunan di Seri Gombak, Gombak, Khamis lalu. FOTO ihsan pembaca.
Nurul Hidayah Bahaudin


GURU wanita berdepan detik cemas apabila beg tangannya diragut dua lelaki menunggang motosikal ketika berjalan di lorong di Seri Gombak, Gombak, Khamis lalu.

Dalam kejadian 7.30 malam itu, mangsa berusia 30-an berjalan bersendirian sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal yang memakai topi keledar dari arah bertentangan.

“Pembonceng motosikal kemudian turun dan merampas beg tangan guru itu sebelum melarikan diri.

“Guru berkenaan yang ketakutan terus melarikan diri ke kawasan sekitar kerana bimbang keselamatannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisoner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Berdasarkan laporan diterima, mangsa memaklumkan kerugian lebih RM300 selepas beg tangannya diragut suspek berkenaan.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah ragut,” katanya.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian sebelum video berdurasi 48 saat berkenaan tular di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Jun 2018 @ 9:39 AM