Ahmad Zahid (tengah), Khairy (kiri) dan Ku Li yang bersaing merebut jawatan Presiden UMNO.
Ahmad Zahid (tengah), Khairy (kiri) dan Ku Li yang bersaing merebut jawatan Presiden UMNO.
Fahmy Azril Rosli


PEMANGKU Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terus mendahului empat pesaingnya dengan memperoleh sebanyak 68 undi setakat jam 8.18 malam.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk jauh meninggalkan lawannya lain iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mendapat 49 undi, disusuli veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dengan 22 undi.

Sehingga kini, dua lagi pencabar kerusi berkenaan yang dilabel calon ikan bilis iaitu ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri Mohd Yusof [email protected], masing-masing belum memperoleh sebarang undi.

Bagi pemilihan jawatan Naib Presiden menyaksikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului pencabar lain dengan 16 undi.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani memperoleh 15 undi sambil diekori rapat Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan 14 undi.

Manakala, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meraih 13 undi dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman dengan 12 undi.

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Said masih memperoleh satu undi.

Calon-calon lain yang bertanding jawatan berkenaan iaitu Sheikh Razali Sheikh Hamad masih gagal meraih sebarang undi buat masa ini.

Sementara itu, pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan buat masa ini masih mendahului pesaingnya dengan 30 undi.

Pesaing Mohamad Hasan iaitu Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memperoleh 16 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Jun 2018 @ 9:02 PM