Gambar hiasan


TELEKOM Malaysia Bhd (TM) akan melancarkan pakej unifi mampu milik disasarkan khusus untuk segmen B40 dengan kelajuan 30Mbps kurang dari RM100 bermula 15 Julai ini.

Pemangku Ketua Pegawai CEO TM, Datuk Bazlan Osman berkata, tawaran itu 40 peratus lebih rendah daripada harga pakej 30Mbps ketika ini iaitu RM199.

“Pengenalan pelan jalur lebar baru ini dalam usaha berterusan syarikat menawarkan perkhidmatan jalur lebar mampu milik, sebagai menyokong aspirasi kerajaan untuk mengurangkan harga perkhidmatan jalur lebar pada akhir tahun ini.

“Pelan baru ini juga bagi memperkukuhkan kedudukan kumpulan sebagai peneraju pasaran dan merealisasikan aspirasi jalur lebar dari segi harga, kepantasan dan liputan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpr, hari ini.

Pada majlis itu, TM juga mengumumkan pelan unifi turbo yang menawarkan kelajuan jalur lebar dua kali ganda berbanding ketika ini.

Katanya, TM akan menaik taraf kelajuan pelanggan unifi sedia ada secara berperingkat kepada lebih dua kali ganda tanpa tambahan kos bermula 15 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 3:45 PM