MUHYIDDIN. FOTO BERNAMA
Noor Atiqah Sulaiman
cnews@nstp.com.my


MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas dan kini berada dalam keadaan stabil.

Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abd Halim berkata, ketumbuhan berkenaan sudah dapat dikesan pada peringkat awal.

“Beliau akan mengambil cuti untuk mendapat rawatan susulan bermula hari ini dan dijangka akan kembali bertugas sebulan lagi.

“Sementara ketiadaan beliau, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjalankan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, bidang kuasa dan tugas Kementerian Dalam Negeri adalah mengawal beberapa kementerian penting antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Jabatan Penjara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Julai 2018 @ 7:21 PM