FOTO Hiasan
Faris Fuad
faris.fuad@nstp.com.my


WANITA warga Jepun maut selepas terjun dari tingkat 20 sebuah kondominium, di Petaling Jaya, awal malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.27 malam.

“€œBilik kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima panggilan 999 awal malam tadi.

“€œKita dimaklumkan seorang perempuan warga Jepun terjun dari tingkat 20 kondominium itu dan jatuh ke dalam kolam renang,”€ katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Julai 2018 @ 12:48 AM