Hamizah Badiran


SETIAP kali tibanya Syawal, juadah istimewa ayam daun kari hasil air tangan selebriti popular Sheila Rusly sentiasa dinanti kaum keluarga.

Kata orang, memasak sendiri hidangan raya di rumah bukan saja menyeronokkan, malah makanan disediakan pasti lebih bersih, lazat dan berkhasiat. Paling penting, lebih digemari ahli keluarga.

Selain itu, menerusi aktiviti memasak sendiri di rumah, ia mampu mengeratkan hubungan dalam keluarga terutama ibu bapa, anak-anak, dan juga sanak-saudara.

Jika ditanya pada anak, kebanyakan mereka menjawab masakan ibu adalah yang terbaik dan paling lazat.

Menurut duta MAGGI CukupRasa itu, juadah tradisi turun temurun keluarganya pasti dihidangkan kepada sanak saudara pada raya pertama.

“Selain ketupat, lemang, rendang dan sebagainya, menu ayam daun kari ini juga menjadi kegemaran mereka.

“Ia resepi tradisi keluarga kami dan menjadi kesukaan semua. Sebab itu setiap kali pulang ke kampung di Menglembu, Ipoh, Perak, mereka akan menantikan juadah wajib ini daripada saya,” katanya.

Bagi Sheila, makanan lazat terutama ketika musim perayaan akan diingati sepanjang masa dan ia mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga.

“Raya adalah waktu di mana ramai saudara, kawan dan jiran datang serta berkumpul di rumah untuk berjumpa.

“Saya percaya menerusi makanan atau juadah raya yang lazat, sedap dan dimakan bersama, secara automatik ia dapat menyatukan hubungan silaturahim antara kita.

“Ia juga menjadikan suasana raya lebih meriah kerana sambil makan kita akan berbual, mengimbau kenangan lalu dan macam-macam lagi,” katanya.

Kata Sheila, dia turut menyediakan hidangan lain seperti nasi berlauk untuk memberi kepelbagaian rasa kepada tetamu yang datang ke rumahnya.

“Selalunya selepas raya kedua, ramai yang mencari makanan biasa seperti nasi putih dengan lauk kampung. Sebab itu saya memasak juadah seperti asam pedas, kacang buncis telur masin serta banyak lagi.

“Saya berterima kasih kepada MAGGI yang menyediakan bahan menambah kelazatan dalam masakan saya melalui MAGGI CukupRasa.

“MAGGI CukupRasa tidak terhad kepada sesuatu jenis resipi tetapi kita boleh menggunakannya untuk apa saja jenis masakan.

“Saya sendiri menggunakannya untuk memasak pelbagai jenis masakan sama ada yang sukar atau paling mudah untuk disediakan.

“Alhamdulillah, hidangan menjadi lebih lazat dengan menambah MAGGI CukupRasa ke dalamnya. Paling penting, keluarga saya amat sukakan keenakan rasa hidangan yang terhasil daripadanya,” katanya.

Sheila berkata, ia juga memudahkan ibu yang mempunyai pelbagai tugas menguruskan keluarga selain dapat menyediakan makanan lazat dan berkhasiat untuk suami dan anak-anak.

“Keistimewaan produk ini adalah ia ringkas tetapi boleh membuatkan hidangan kita yang enak menjadi lebih enak.

“MAGGI CukupRasa yang diperbuat dari bawang segar dan rempah ratus adalah penambah perasa semua dalam satu yang boleh digunakan untuk segala jenis masakan seperti perapan, tumisan, menggoreng, memanggang, dan juga membuat sup,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Julai 2018 @ 7:39 PM
SHEILA Rusly
SHEILA Rusly