MANGSA, Tharm Wei Wong (kanan) lemas ketika menyertai acara renang triatlon. FOTO ihsan Polis
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Mohd Khidir Zakaria


PESERTA Port Dickson International Triathlon 2018 lemas ketika menyertai acara renang di Pantai Batu 5, Port Dickson, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, dalam kejadian 8 pagi itu Tharm Wei Wong, 39, dari Pulau Pinang baru berenang sejauh 750 meter.

Katanya, mangsa yang lemas dibawa pasukan penyelamat ke pantai sebelum dibantu pasukan paramedik, katanya.

Mohd Faisal berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri itu kemudiannya dibawa ke Hospital Port Dickson sebelum disahkan meninggal dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Julai 2018 @ 12:29 PM