ANGGOTA bomba mengusung mayat mangsa yang ditemui di sekitar Pulau Karang. FOTO ihsan Bomba
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


MAYAT Yuen Chi Yuen, 42, peserta Port Dickson International Triathlon 2018 yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu 5, Port Dickson semalam ditemui 7.57 pagi, hari ini.

Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, mayat lelaki dari Hong Kong itu ditemui di sekitar Pulau Karang yang terletak satu batu nautika dari pantai.

Katanya, mayat ditemui sekumpulan nelayan lalu menghubungi pihaknya yang berada tidak jauh dari lokasi.

"Sepasukan anggota bomba dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bergegas ke lokasi dan membawa mayat itu ke darat sebelum dibawa ke Hospital Port Dickson untuk tindakan lanjut," katanya.

Norazam berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan sepenuhnya pada 9 pagi sebaik menemui mayat kedua dan terakhir itu.

Pada 8 pagi semalam, seorang lagi peserta, Tharm Wei, 39 dari Pulau Pinang ditemui lemas pada 8 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 11:16 AM