KEADAAN mayat mangsa kemalangan di Kilometer 451.5, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Buloh, malam tadi. FOTO Ihsan Pembaca
Mohd Hasbi Sidek
cnews@nstp.com.my


TIGA maut selepas motosikal dinaiki dipercayai merempuh sebuah lori rosak di Kilometer 451.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Sungai Buloh, malam tadi.

Kejadian berlaku jam 9.30 malam menyebabkan laluan ke arah selatan mengalami kesesakan.

Twitter @LLMinfotrafik memaklumkan lorong kiri masih ditutup manakala lorong tengah sudah dibuka dengan trafik bergerak perlahan sejauh lima kilometer.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Julai 2018 @ 12:13 AM