Tuan Asri Tuan Hussein

PENIAGA kedai kurma di hotel Al Haram, Madinah, Zain Asfan menarik perhatian jemaah haji Malaysia kerana bukan saja fasih bertutur Bahasa Melayu tetapi juga pandai bercakap loghat Kelantan.

Pemuda berusia 20 tahun itu berkata, kebolehannya hasil pergaulannya dengan ramai penuntut Malaysia dari Kelantan di Universiti Madinah.

Anak kepada warga Afghanistan, Zain dilahirkan di Arab Saudi dan mula belajar Bahasa Melayu sejak empat tahun lalu.

Kebolehannya itu banyak membantunya menarik jemaah haji dan umrah dari Malaysia untuk membeli barangan di kedainya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Julai 2018 @ 1:45 PM
ZAIN Asfan menarik perhatian jemaah haji Malaysia kerana bukan saja fasih bertutur Bahasa Melayu tetapi juga pandai bercakap loghat Kelantan. FOTO Tuan Asri Tuan Hussein