DUA suspek yang ditahan polis berikutan penemuan pil Erimin 5 dalam sekatan jalan raya sempena Ops Samseng Jalanan di Kampung Bukit Nau, Mukim Padang Matsirat, Langkawi, semalam. Foto Ihsan PDRM
Hamzah Osman


DUA lelaki ditahan selepas didapati memiliki pil Erimin 5 di Jalan Kampung Bukit Nau, Mukim Padang Matsirat di Langakwi, semalam

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, suspek berusia 24 dan 25 tahun ditahan untuk pemeriksaan dalam Ops Samseng Jalanan ketika memandu dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, anggotanya menahan dan memeriksa kereta Proton Wira yang dinaiki kedua-dua suspek.

“Hasil pemeriksaan polis menemui empat keping aluminium mengandungi 39 pil disyaki Erimin 5 seberat 10.7 gram.

“Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Julai 2018 @ 3:52 PM
Skip this ad x