AZMAN antara ahli Lembaga Pengarah Khazanah yang dilapor meletak jawatan. FOTO Arkib NSTP
Wartawan NSTP


KHAZANAH Nasional Bhd (Khazanah) mengesahkan laporan bahawa semua ahli lembaga pengarahnya sudah meletak jawatan.

Syarikat itu menerusi satu kenyataan berkata, langkah berkenaan bagi memastikan proses peralihan teratur dan lancar di bawah kepimpinan kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan.

“Ahli lembaga pengarah berterima kasih kerana dapat berkhidmat dan berpendapat bahawa adalah sesuai untuk menawarkan kerajaan baharu bagi melantik ahli pengarah.

“Kami akan mengeluarkan kenyataan lanjut selepas mempunyai maklumat berhubung lembaga pengarah yang baharu,” katanya.

Sebelum ini, portal berita dalam talian melaporkan bahawa sembilan pengarah Khazanah, termasuk Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Eksekutif Tan Sri Nor Md Yusof, meletak jawatan.

Portal itu yang memetik laporan The Straits Times yang berpangkalan di Singapura berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerajaan baharu memutuskan kepimpinan dan hala tuju dana kekayaan kedaulatan itu.

Akhbar itu berkata, semua individu terbabit memeterai surat peletakan jawatan yang tidak bertarikh semasa mesyuarat lembaga pengarah khas, pada Selasa.

Pengarah lain terdiri daripada tokoh terkemuka seperti Datuk Sri Nazir Razak, Datuk Dr Nirmala Menon, Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Datok Mohammed Azlan Hashim, Yeo Kar Peng, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao dan Raja Tan Sri Arshad Raja Uda.

Keputusan itu dibuat beberapa minggu selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Khazanah kerana menyimpang daripada tujuan asal dalam membantu Bumiputera.

Berikut ialah senarai syarikat milik penuh atau sebahagian kepentingannya dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd:

1. Makanan agrikultur

- Blue Archipelago Bhd

- Malaysian Agrifood Corporation Bhd

- Biotropics Malaysia Bhd

- The Holstein Milk Company Sdn Bhd

2. Penerbangan

- Malaysia Airports Holdings Bhd

- Malaysia Airlines Bhd

3. Media dan kreatif

- Astro Malaysia Holdings Bhd

- Pinewood Iskandar Malaysia Studios

- Granatum Ventures Sdn Bhd

4. Pendidikan

- LeapEd Services Sdn Bhd

5. Perkhidmatan kewangan

- ACR Capital Holdings Pte Ltd

- CIMB Group

- Sun Life Malaysia

- Acıbadem Sigorta

6. Penjagaan kesihatan

- Acibadem Healthcare Group

- IHH Healthcare Bhd

- Regen Rehabilitation International Sdn Bhd

7. Infrastruktur dan pembinaan

- UEM Group Bhd

- PLUS Malaysia Bhd

- UEM Edgenta

8. Inovasi dan teknologi

- Aemulus Holdings Bhd

- Alibaba Group

- Cainiao Network

- Fractal Analytics

- ​General Fusion

- SilTerra Malaysia Sdn Bhd

- Sea

9. Pelancongan

- Themed Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd

10. Sains hayat

- Xeraya Capital

11. Tenaga

- Tenaga Nasional Bhd

- Shuaibah Water and Electricity Company

12. Hartanah

- Iskandar Investment Bhd

- UEM Sunrise Bhd

- Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd

- Pulau Indah Ventures Sdn Bhd

- 8990 Holdings

- M+S Pte Ltd

13. Pembangunan mapan

- Cenviro

- Cenergi SEA

- RedT Energy

14. Telekomunikasi

- Axiata Group Bhd

- Telekom Malaysia Bhd (TM)

- TIME dotCom (TIME)

- edotco Group Bhd

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Julai 2018 @ 9:50 AM