Ahmad Suhael Adnan

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyangkal kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) menyimpang daripada tujuan asal membantu Bumiputera.

Najib berkata, Khazanah tidak diwujudkan untuk kepentingan individu atau kelompok tertentu, sebaliknya bertujuan mencipta hasil kekayaan kepada negara.

Katanya, Khazanah berbeza dengan institusi seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) atau Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang ditubuh untuk menggalakkan pembabitan usahawan Bumiputera dalam perniagaan.

“Visi Khazanah Nasional adalah sebagai institusi pelaburan untuk mencipta kekayaan negara dan mengembalikan dividen kepada kerajaan,” katanya.


NAJIB menjawab soalan wartawan ketika keluar dari Dewan Rakyat semalam. FOTO ROSDAN WAHID

“Mereka berjaya menubuhkan syarikat baharu, memasuki pasaran antarabangsa dan mengukuhkan potensi bakat dalam negara.

“Namun, jika bakat ini tidak diberikan peluang, mereka akan pergi ke tempat lain dan apabila negara kehilangan bakat, kita akan memiliki pengurusan tidak berkualiti.

“Saya bimbang mengenai masa depan sektor korporat di negara ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Julai 2018 @ 10:05 AM