ANGGOTA bomba mengusung mayat Mohamad Shamin Ashraf yang ditemui lemas ketika mandi bersama rakannya di pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini. FOTO Zaid Salim.
ANGGOTA bomba mengusung mayat Mohamad Shamin Ashraf yang ditemui lemas ketika mandi bersama rakannya di pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini. FOTO Zaid Salim.
Zaid Salim


PERCUTIAN empat sahabat ke Terengganu berakhir duka apabila seorang daripada mereka lemas ketika mandi di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.

Dalam kejadian 5 petang itu, mayat mangsa, Muhamad Shamin Ashraf Rahim Raja, 25, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta orang ramai kira-kira 31 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, sebelum kejadian, mangsa dari Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, yang bekerja di sebuah syarikat insuran di negeri berkenaan bersama tiga rakan dikatakan datang bercuti ke Terengganu.

“Difahamkan mangsa bersama tiga rakan ke pantai itu untuk mandi manda sebelum pulang ke Pulau Pinang.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk bedah siasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Julai 2018 @ 9:20 PM