(Gambar fail) Aliran trafik di plaza Tol Kuala Terengganu, Kampung Gemuroh pada musim perayaan. FOTO Rozainah Zakaria
Nur Lela Zulkipli


“PENGHAPUSAN tol secara serentak akan memberi kesan kepada kewangan kerajaan kerana kos keseluruhan pengambilalihan lebuh raya bertol mencecah RM400 bilion,” kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Beliau menegaskan, kerajaan bakal berdepan krisis kewangan jika tol di seluruh negara dihapuskan secara serentak.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah diraja bagi pihak kementerian di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengenai janji manifesto Pakatan Harapan (PH) menghapuskan tol, beliau berkata, kerajaan akan membuat kajian dan penelitian sebelum membuat keputusan.

“€œKerajaan perlu menjaga kepentingan semua pihak termasuk pemegang konsensi, pelabur dan pemberi pinjaman.

“€œJusteru, semua isu berkaitan penghapusan tol dan implikasi serta jumlah tol akan dimuktamadkan selepas kita berbincang dan mendapat nasihat daripada agensi kerajaan berkaitan,” €katanya.

Menjawab celahan Datuk Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) supaya kerajaan menyenaraikan tol yang akan dihapuskan, Baru berkata, ia perlu dikaji.

“€œItu akan dikaji dan keputusannya akan dibuat kelak,”€ katanya.

Kepada celahan Khairy Jamaluddin (BN-UMNO Rembau), beliau memberi jaminan tidak akan memperkenalkan tol baharu.

“€œKalau itu adalah yang baharu atau yang belum bina, saya beri jaminan kita tidak akan teruskan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Ogos 2018 @ 6:49 PM