NAJIB. FOTO Arkib NSTP
Siti Nur Mas Erah Amran


RAKYAT perlu menggunakan pilihan raya kecil (PRK) sebagai platform untuk menghantar amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya memenuhi janji dalam tempoh 100 hari seperti termeterai dalam manifesto.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, hanya tinggal dua minggu sebelum tempoh 100 hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan kerajaan sudah berjanji secara bertulis untuk memenuhi 10 janji.

“Berapa daripada 10 janji ini sudah ditepati?

“Harga petrol masih tidak diturunkan, tol masih tetap dibayar rakyat, hutang FELDA tidak dihapuskan, RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) untuk 1MDB (1Malaysia Development Berhad) juga tidak diadakan dan banyak lagi janji dan tuduhan kelihatan sebagai penipuan dan fitnah sahaja.

“Lebih parah untuk rakyat apabila harga barang tidak turun selepas GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) disifarkan dan bakal naik bulan depan apabila SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) diperkenalkan.

“Malah, rakyat dilihat bakal berdepan dengan satu lagi pusingan inflasi apabila SST diperkenalkan," katanya menerusi laman Facebook rasminya, Najib Razak, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Ogos 2018 @ 11:25 AM