Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Empat pendaki dari Kelab Jelajah Alpine (KJA) menawan puncak tertinggi Eropah, Gunung Elbrus, Russia setinggi 5,642 meter, satu daripada tujuh gunung tertinggi di tujuh benua.

Presiden KJA merangkap Ketua Ekspedisi, Muhammad Illaham Ishak, 42, berkata, Ekspedisi Merdeka ke-61 Gunung Elbrus Russia 2018 bertujuan menyemarakkan Bulan Kemerdekaan yang disambut tidak lama lagi.


EMPAT pendaki dari Kelab Jelajah Alpine (KJA) yang berjaya mendaki puncak Gunung Elbrus bergambar kenangan dengan pendaki Rusia di Kem Induk Gunung Elbrus, Rusia. - Foto ihsan Puncak Ventures

Beliau berkata, ekspedisi dari 1 hingga 10 Ogos itu menonjolkan kelainan apabila mendapat penyertaan daripada dua warga Malaysia yang masing-masing berusia 46 dan 58 tahun.

“Semangat peserta itu menunjukkan usia bukan halangan sampai ke puncak tertinggi Eropah itu kerana mereka perlu melalui pelbagai rintangan termasuk cuaca negatif 20 di bawah paras beku,” katanya di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Ogos 2018 @ 11:29 AM