JENAZAH mangsa akan dibawa ke Kampung Kroh, Karak, Pahang untuk dikebumikan. FOTO Hasbi Sidek


JENAZAH kanak-kanak yang maut ditetak bapanya di Flat Puchong Permai, Puchong, semalam, selesai menjalani bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, 1 tengah hari ini.

Jenazah dibawa keluar dari bilik jenazah pada 2.20 petang selepas selesai dimandikan sebelum dibawa ke Kampung Kroh, Karak, Pahang untuk dikebumikan.

Ibu kepada mangsa dan keluarga terdekat bagaimanapun enggan ditemubual dan dilihat sukar untuk mengawal emosi.

NSTP malam tadi melaporkan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas ditetak di kepala dan tangan dengan parang oleh bapanya sendiri di pada 5.40 petang semalam.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan tidur di ruang tamu flat di tingkat 4 sebelum suspek berusia 35 menetaknya tiga kali dengan parang.

Sementara itu, suspek direman tujuh hari bermula hari ini di Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

Bapa tetak anak peramah, tidak agresif

Bapa tetak anak tidur hingga maut

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Ogos 2018 @ 2:46 PM