Mohd Khidir Zakaria


SULTAN Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berkenan mencemar duli ke acara Memperingati Pahlawan di Pusara RAMD, Persiaran Pahlawan di Port Dickson, hari ini.

Acara bermula dengan majlis tahlil yang dipimpin Pegawai Staf 1 Pegawai Masjid Jabatan Arah (Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Leftenan Kolonel Mohd Hamzah Adam.

Selepas itu baginda turut menyiram air mawar ke pusara Allahyarham Prebet Ismail Sutan Jamil yang terkorban ketika bertempur dengan pengganas komunis di Mengkuang, Pahang pada 8 September 1950.

Pusara RAMD terdapat 222 perkuburan iaitu 150 awam dan 72 anggota tentera iaitu 47 pusara yang terbabit dengan gerakan dan 25 pusara kematian biasa.

Turut hadir Raja Muda Kedah, Tunku Sarafuddin Badlishah; Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun; Pengerusi RAMD, Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin serta Panglima 3 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah.

Baginda kemudiannya berangkat ke Majlis Santapan di Wisma Perwira RAMD bersama pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia dan pesara RAMD.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Ogos 2018 @ 10:43 PM
SULTAN Sallehuddin berkenan berangkat ke Majlis Memperingati Pahlawan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). FOTO Iqmal Haqim Rosman