TOL percuma di MEX bermula jam 12 tengah malam 30 Ogos sehingga jam 11.59 malam pada 31 Ogos. FOTO/FAIL
Mohd Husni Mohd Noor

MAJU Expressway Sdn Bhd, pengendali Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menawarkan tol percuma bagi semua kelas pengguna lebuh raya itu bermula jam 12 tengah malam 30 Ogos sehingga jam 11.59 malam pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Maju Expressway berkata, laluan tol percuma itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

"Laluan tol percuma ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 110,000 warga kota yang ingin menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan di di Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.

Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai tol percuma dan laporan trafik boleh melayari akaun MEXTraffic Twitter dan MEXTraffic Facebook atau boleh hubungi talian 03-83159111.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Ogos 2018 @ 11:56 AM