Mohd Husni Mohd Noor

SEORANG timbalan ketua pengarah bergelar Datuk serta enam pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membabitkan jutaan ringgit.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, kesemua suspek masing-masing menjawat Gred 44 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B dan berkhidmat di bahagian penyelidikan di JPM.

Sumber berkata, suspek berusia antara 34 hingga 49 tahun itu ditahan di Kompleks B, JPM dan Ibu Pejabat SPRM masing-masing tengah hari semalam dan malam tadi.

Menurutnya, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.

Berita berkaitan

• TKP Datuk, enam PTD JPM direman [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Ogos 2018 @ 12:27 PM