POLIS sedang mengesan lelaki yang dikenali sebagai Calvin Danial dan dikehendaki memberi keterangan. FOTO ihsan Polis
Nor Azizah Mokhtar

Pix: Ihsan PDRM (mug shot)

POLIS Selangor memohon kerjasama daripada orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang menjadi saksi perbicaraan berhubung kes bunuh dan culik di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam esok.

Saksi dikenali sebagai Calvin Danial atau Mohamad Daniel Jaganethen, 28, dipercayai bekerja sebagai pemandu dengan alamat terakhir di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim, Perak dicari bagi membantu memberi keterangan kes culik dan bunuh mengikut Seksyen 3 (1) Akta Colek 1961 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan saksi terbabit diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Norazmi Yaakob di talian 019-812 8911 atau emel ke [email protected] dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Ogos 2018 @ 3:31 PM